Tuesday, July 5, 2011

#23 : Tahajud Cinta..=)

Salam..tak sabar nak tgk cerite ni...layan lah sinopsis dan trailer drama ni...yg penting seth berlakon...hehe...



Drama: Tahajud Cinta
Genre: Semi Islamik
Terbitan: Rumah Karya Citra
Pengarah: Erma Fatima
Pelakon: Remy Ishak (Solahudin), Fazura (Citra), Fouziah Gous (Seri), Shahz Jaszle (Azihan), Tan Sri Jins Shamsuddin (ayah Citra), Eman Manan (Ustaz Syauki), Norish Karman (Nora), Tiz Zaqyah (Emelda), Aaron Aziz (suami Nora), Melisa Saila (isteri ketiga), Ziela Jalil (isteri kedua), Erma Fatima (isteri pertama), Dira Abu Zahar (isteri keempat), Ahmad Tarmimi Siregar (ayah Seri), Fadilah Mansor Kak Chik (ibu Seri), Haryanto (Tengku Irfan), Neelofa (Armani), Azizah Mahzan (ibu Citra)

Cerita bermula dengan kisah mengenai  sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Ghouse) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang.  Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak  kpd Citra )ada masalah  dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan  Citra berjanji kepda dirinya  untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra nak membukti juga kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas  di zaman sekarang ni.  Citra jugak nak memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali  tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat  kepada seorang ustaz. Ustaz ni pula bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin,  menyelamatkan Seri ( Fauziah Ghous) dari menjadi isteri keempat.  Solahudin  tidak mahu  menjadi anak derhaka ( mungkin dia anak kepda Ustaz Syauki). Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.