Tuesday, August 13, 2013

#46 : Kecil Hati...Terasa Hati...

Salam kawan-kawan...

Kali ni saje je nak tulis entri ni..tu pun sebab kawan2 dalam whatsapp sibuk bercerita tentang berkecil hati dengan cik suami masing-masing...banyak perkara yang dibincangkan...ada yang menyuarakan pelbagai pendapat dan idealogi masing2...

Yang pertama-tama nya, perlu ke kita meluahkan apa yang kita kecik hati tu???... bagi aku tak perlu kot..sebab bagi aku lebih baik berdiam diri dan fikir balik apa salah kita sampai suami kita buat macam tu...bak kata pepatah....Silence Speak Louder Than Words. Tapi memang tak dinafikan susah nak buat macam tu...nak2 kita ni perempuan yang penuh dengan syak wasangka dan cepat sangat nak fikir bukan2.. tapi kita boleh cubakan...at least kita cuba..supaya relationship tu tak makin keruh...

Aku pernah cuba untuk berdiam diri daripada menyatakan ketidakpuashatian aku tu kepada dia.. susah beb...mmg susah...tapi aku berjaya..dan lama2 perkara tu hilang sendiri...malah aku rasa perkara ni lebih baik daripada aku bermasam muka dengan dia.. 

Cuba kita fikir sekejap..mungkin dia pun menghadapi perkara yang sama... dia pun ada jugak yang tak berkenan dengan perangai kita...tapi tak penah pun dia nak menyuarakan perkara tersebut...malah dia terima kita dengan seadanya.... Mak aku penah pesan, 5 tahun pertama ni adalah tempoh perkenalan...tempoh mengenal semasak2 nya perangai suami isteri... tempoh 5 tahun perkahwinan ya kawan2..bukannye tempoh 5 tahun bercinta..

Perkahwinan adalah perkongsian..berkongsi segalanya..tempoh perkahwinan aku baru je 7 bulan...banyak lagi perkara yang akan dilalui..panjang lagi masa... kita sama2 doa ya kawan2...sama2 doakan hubungan kita dengan suami sentiasa okay dan di rahmati Nya. Mana yang boleh disimpan, kita simpan...mana yang rasa perlu di bawa berbincang, berbincanglah dengan suami elok2..terima pendapat dia... dan mana yang perlu ditegur, tegur lah dengan baik...ada caranya untuk menegur suami... try pillow talk dengan cik suami... atau masa bercuti ke...itu cara2 masing..pandai2 lah nak buat mcmana...sebab anda lebih kenal suami anda...