Thursday, September 12, 2013

#47 : Nak makan tu..nak makan ni...

Salam kawan-kawan...

Confident je aku..mcm lah ada kawan-kawan yang duk baca blog ni...tapi total pageviews semakin hari semakin meningkat...makna nya ada lah yang duk membaca...thank u ya..hehe...

Ok..tgk balik tajuk kat atas tu...nak makan tu...nak makan ni...itulah yang terjadi kat aku sekarang...mcm2 aku nak makan...dan aku cuba untuk tunaikan selera tummy aku skrg ni...hehe...dan prinsip aku ialah tak nak susahkan org...kalau tak de teman nak makan, sorang2 pun jadi aku ni...janji dapat makan..

Yelah...ada setengah perempuan tak leh nak makan sorang2 kat public...diaorg akan rasa janggal untuk makan sorang2...ada yang sanggup makan maggi je sebab tak de kawan nak keluar...ohhh...tidak bagi aku, aku takde masalah..aku boleh je nak makan sorang-sorang...tak de salahnya bagi aku...

Mujurlah setakat ini takde makanan yang pelik2 lagi aku nak makan...semuanya masih senang nak di cari..meh aku list kan ape yang nak makan...hehe..

1. Peri-peri chicken set kat sushi king 
2. Sambal ikan bilis mak 
3. Nasi goreng mak
4. Ikan parang masak asam pedas mak
5. Kari daging mak
6. Chocolate cream chip kat starbuck
7. Mcflurry oreo mcd
8. Mee kari yang byk kerang
9. Nasi kukus ayam dara
10. Klebang coconut shake
11. Mee siam teacher
12. Chicken rice shop
13. Macaroni cheese kat secret recipe
14. Popcorn wayang
15.Chicken Teppanyaki

Ada yang aku dah makan..ada jugak yang aku dah dapat makan dan aku nak lagi...haha...tamak betul lah...ntah pape je...selera makan makin kuat skrg ni..huhu

p/s : Dik, untuk kamu, ibu akan cari apa je yang ibu terfikir nak makan..sebab ibu sebenarnya yang nak makan..hahaha... :p