Tuesday, May 24, 2011

#18 : Ko ni semak perut family aku je!!!!!

Salam...smlm aku on balik handset lama aku...pas tu terbaca lah msg2 yg lama...smpai lah terbace msg ni...

" fara ni buat semak perut je kat family kitorg..."

Huhu...nape lah aku terbace balik msg ni...mmg aku salah...mmg aku penah buat perkara yg tak betul...dia pun buat benda tak betul dgn aku...sbb tu lah aku mengamuk...tapi aku tak penah nak terfikir untuk menyemak dalam family dia...ntah lah...perkara dah berlalu..dendam???? perlu ke??? mmg sakit, tapi ntah lah...maybe aku  perlu buat tak tahu je kot...mcmane kalau tibe2 terjumpa diorg??? ape aku nak buat??? kena lari kot...mana boleh dekat2, nanti buat semak perut diorg je...huhu...fullstop fara..perkara dan berlalu...jangan simpan pape..

Sunday, May 22, 2011

#17: nape kena pakai cincin jari manis????

Salam…aku tak sure ape yg aku bace ni betul atau tak…mungkin kebetulan dan mungkin mitos je…tapi saje nak share dgn korang…terpulang pada diri sendiri…sharing is caring…hehehe….

Korang tahu tak nape org selalu pakai cincin kahwin kat jari manis??? Ada sebabnya…jom try….

1. Satukan kedua tangan anda dan lekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya dipertemukan hujungnya seperti gambar di bawah.



2. Kemudian, cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua. Manusia mengalami sakit dan kematian. Oleh kerana demikian, orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3. Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik). Mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4. Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda. Jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

5. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda. Cuba pula buka jari manis di mana anda menyarungkan cincin perkahwinan. Anda akan berasa hairan kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami isteri. Sepanjang hidup, anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain, sehidup semati.


Friday, May 20, 2011

#16: Now I found my third eyes....=)


Salam…aku baru balik dari course 3 hari 2 malam yg dianjurkan oleh SELWA TLDM…Kursus Perkasa Diri…banyak perkara yg aku dapat dr course ni..terasa diri ini sgt jahil…sentiasa mengajarkan kehidupan duniawi semata2…target aku dalam hidup ni tak de satu pun yg ke arah alam bazarkh…patutlah aku sendiri tak tahu apa matlamat aku utk hidup..aku lupa dengan DIA…seronok sgt dgn dunia ni…mmg dunia ni penting utk kita survive..tapi ada lagi dunia lain yg aku mmg tak penah terfikir nak survive kat sana….Thanks to Ustaz Hashim,Ustaz Junaid dan Ustaz Sayuti yg ajar aku cara nak survive utk hidup di sana nanti…aku nak kongsi dgn korang ape yg aku dpat dlm course ni….
  1. Apa yg kita rasa kalau duit yg kita simpan selama ni kat bank dah tak de??? Tiap2 bulan potong gaji tapi sesen pun dah tak de???? Mesti rasa kecewa kan…Sama lah jugak dgn solat yg kita buat selama ni…kita solat utk ape??? Sbgai rutin ke??? Atau nak tunjuk kat org??? atau nak dapat balasan??? Kalau itu lah niat kita, sia-sia lah solat kita selama ni…hari2 tunggak terbalik tapi semuanya salah…sebab kita tak penah nak tahu kenapa kita kena solat…makna bacaan dalam solat….semua tu lah yang lagi penting daripada kita solat tanpa apa2 pengertian….Contohnya, makna ketika duduk antara 2 sujud….Ya Tuhanku, ampunkanlah dosaku dan kasihanilah aku…Tutupkan lah keaiban ku, tinggi kan lah darjat ku…Kurniakan aku rezeki dan tunjukkan daku…selamatkan aku daripada godaan dunia dan ampunkanlah kesalahanku…Sekejap je kan kita duduk antara 2 sujud..tapi ayat tu penuh dengan makna, penuh dgn rayuan pada DIA…So, jom g kedai buku, kita beli buku g ada tulis makna bacaan dalam solat…kita hayati sama2….
  2. Ustaz Junaid bagi group kitorg isi kan makna surah Al Fatihah…mmg kita penah belajar dulu makna setiap baris surah ni…tapi ingat lagi ke??? Belajar masa kecik dulu, mana lah ingat…pastu kita dah x de usaha nak ingat lagi kan????…lagu panjang2 boleh hafal…tapi makna surah kita tak boleh nak hafal…kalau hafal pun kita faham ke???? Faham ke dgn maksud dan makna yang tersirat dalam surah tu??? So, mari lah sama2 bukak balik buku, tgk lah dan fahami lah setiap baris surah ni…sesungguhnya matlamat hidup kat dunia ni ada dalam surah ni….
  3. Pergerakan dalam solat…kita faham tak nape kita kena rukuk??? Nape kita kena sujud??? Nape kita ada tahyat awal dan akhir??? Semua tu ada makna nya…semua tu melambangkan kebesaran ALLAH…kalau kita boleh faham makna bacaan, makna perbuatan, kita akan temui rasa khusyuk dalam solat…Contohnya…masa kita sujud…walau apa pun pangkat atau keturunan kita, itulah masa kemuncak kehinaan diri kita pada DIA…Dahi kan anggota paling tinggi, kita letak kan di tempat rendah…dan masa tu lah kita paling dekat dengan DIA…bestkan??? Ustaz kata beruntung kita kalau kita boleh sentiasa ingat kan DIA…kita akan sentiasa diredhai…
  4. ALLAH tak penah berkira dengan hambanya…sbg contoh, nak masak, kena ada tong gas…harga tong gas skrg dah RM28…kena bayar dulu baru dapat..tapi DIA tak penah nak berkira nak bagi oksigen untuk kita teruskan hidup ni walaupun kita tak solat, tak puasa…Bayangkan, kalau kita solat dulu baru dapat oksigen, baru boleh bernafas…kalau kita tertinggal solat subuh, mesti kita dah mati kan hari tu…tapi DIA tak penah berkira dengan hambanya…kenapa kita susah sgt berterima kasih dgn DIA????
  5. Kita bukannya berada pada zaman dulu2 yg perlu kan pergorbanan yg besar utk menjadi seorg muslim...kita tak kan dihempap dgn batu,dibunuh dan berperang untuk solat...untuk menegakkan agama Islam ni...kita hanya perlu berperang dgn diri sendiri...berperang dgn nafsu yg ada dlm diri ni untuk menjadi muslim yg taat kepada perintah DIA. 
Sekarang aku dah tahu matlamat aku…aku dah nampak apa yg patut aku buat….aku harap aku berjaya utk menjadi hamba yang berjaya di dunia dan di akhirat…AMIN….

Akal diberi ILMU, menghasilkan TAHU….Hati disuburkan dengan IMAN, melahirkan MAHU…Nafsu diberikan didikan dan latihan, menjadikan ia MAMPU….

Tuesday, May 10, 2011

#15 : Korang boleh bace tak???

Hi..dah lama tak update..
aku jumpe article ni kat internet...
nice untuk share dgn korang...try lah!!! 
korang boleh bace??? 
aku bleh dgn lancar sekali..hehehe..