Friday, May 30, 2014

#50: Tiada Tajuk

Bila dekat busuk baunya
Bila jauh sentiasa wangi

Bila dekat semuanya salah
Bila jauh salah pun tak pe

Bila dekat masam mukanya 
Bila jauh sentiasa ceria

Nak diluah tapi tak terluah
Nak disimpan tapi tak tersimpan

Nak ditelan tapi tak tertelan
Nak dibiarkan tapi tak terbiar

Nak nangis tapi tak menangis
Nak didendam tapi tak berdendam

Kalau ikut nasihat orang pasti merana jadinya
Kalau ikut nasihat diri makan hati jadinya

Kalau diberi pilihan tak mampu memilihnya
Bila diberi keputusan kata putus lah jadinya

Monday, February 3, 2014

#49 : Pengalaman Bersalin di Hospital Ampang

Assalamualaikum…

I’m back…hehe…okay..hari ni nak story pengalaman bersalin di Hospital Ampang.. Sebelum decide nak bersalin kat sini, aku rajin baca review tentang wad bersalin Hospital Ampang kat blog lain…Macam2 review ada..tapi mostly bagi review yang best…sebab tu aku pilih Hospital Ampang..hehe… Okay..ni kronologi kelahiran anak pertama ku…kena mention tu anak pertama..sebab nanti ada review anak kedua pulak…haha…berangan lebih…sekarang ni pantang pun belum abiz lagi..hehe...

7 Jan 14

0645 – Darah mula keluar pagi ni…sikit2…start pakai pad sbb nak tahu banyak mana darah keluar. Takde lah rasa sakit…masa tu fikir YES!!! Baby nak keluar dah…Contraction dah terasa dua jam sekali…Petang tu dah jadi sejam sekali…pastu fikir dah boleh gi hospital ni..

2130 – Siap2 g Hospital Ampang…angkat bag masuk kereta..makan kuning telur ayam kg..minta maaf dengan husband…hehe..sampai2 kat Hospital g kat PAC (Patient Assessment Centre) kat sebelah tempat emergency..g lah daftar kat situ…jgn lupa bawak buku merah..pastu nurse kat situ bagi kain dgn baju warna pink..dan doctor akan buat VE.. nak check bukaan dah berapa… masa tu doctor perempuan chinese yang buat VE. Sakit gak masa buat VE. Guess what?? Dah berapa cm?? doctor tu beritahu “Farah…bukaan u baru 1cm…masih awal lagi…anak pertama selalu nya amik masa lama sikit nak buka 10cm. Kamu boleh balik dulu…” Frust giller bila dengar baru 1cm…rasanya mcm dah lama sakit..yelah..dari pagi kan darah keluar….tapi baru buka 1cm…so, kami pulang lah dengan rasa hampa…

8 Jan 14

0300 – Baring tak selesa, duduk tak selesa, berdiri sambil goyang2 punggung baru rasa ok…bila contraction hilang je, cepat2 baring atas katil…tido…sebab takut nanti tak de tenaga…dalam kul 5pagi, contraction makin kerap…setengah jam sekali..pastu makin kerap…15 min sekali…darah pun dah banyak keluar…tapi malas nak g hospital lagi..sebab tak nak frust lagi..tapi sakit nya hanya Tuhan yang tahu…banyak kali g tandas..sebab rasa nak buang air besar…tapi teran kosong je..tak keluar pape pun..dalam kul 7 pagi, mandi, makan lagi telur kuning ayam kg…petua org dulu2..ikut kan saja...

0730 – Bertolak ke Hospital Ampang…masa ni mmg dah sakit sgt..husband pun bawak laju gak…lebih kurang kul 0745, sampai Hospital..sekali lagi buat prosedur biasa..tukar kain pink..masa dalam tandas tu, aku dah meneran dah..rasa mcm dah dekat ni…keluar tandas je, terus cakap dengan nurse tu yang aku dah nak meneran ni…katil nak check VE pulak penuh…nurse tu mintak kakak yang tgh masuk air tu bangun untuk bagi aku check VE…terima kasih lah kat kakak tu sebab bagi aku baring kat katil tu…doctor pun check VE..dia terus cakap gini.."Patient ni bukaan dah full…tolak masuk labour room” Yes!!! Nak bersalin dah…hehe..

0800 – Nurse tolak masuk labour room kat tingkat 4.. Diaorg duk cakap jangan push lagi…tarik nafas panjang2…Masuk bilik 8. Nampak diaorg tgh siap2 kan alat…yang sorang nurse ni duk cucuk jarum kat tangan untuk masuk air…tapi tak sempat masuk air…dah nak teran dah…pastu nampak husband masuk bilik..terus rasa lega..rasa bersemangat…pastu bermula lah proses meneran…dengan dorongan husband, nurse kat situ, baby pun selamat keluar jam 0814. Pastu jam 1700 aku sudah pulang ke rumah bersama baby…

Okay…ni nak bagi review tentang Wad Bersalin Hospital Ampang.

Staf PAC – Proses diaorg cepat. Datang2 tukar kain, check VE.. Staf nurse kat situ pun sangat membantu.

Labour Room – Terbaik. Diaorg pasang ayat Al Quran. Bilik pun selesa. Tak terganggu dengan orang lain. Memang berpuas hati.

Ketua Jururawat – Ketua Jururawat Salbiah lah yang sambut kelahiran baby. Dia bagus orangnya. Arahan yang diberikan jelas dan membantu ketika proses kelahiran. Pastu siap tunjuk uri.. sebab tak pernah tgk kan... Masa proses jahit pun dia berborak. Tak perasan pun dah abiz jahit. Bagi aku dia ni sangat ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dia.

Wad Bersalin – Dapat bilik 2nd class..bilik untuk 4 orang. Tandas ada 2. Selesa walaupun aku duduk situ tak sampai 24 jam. Nurse pun baik-baik… ajar mcmana nak breastfeed baby…

Keseluruhan – Aku bangga Hospital Kerajaan mampu memberi perkhidmatan yang terbaik. Bukan nak puji melambung2..tapi aku sendiri dah rasa..dan ternyata Hospital Ampang bagus seperti review2 di blog lain.

Apapun, sentiasa lah berdoa dan meminta dipermudahkan segalanya daripada DIA. DIA yang menentukan segalanya dan DIA maha mendengar dan memberi. Syukur Alhamdulillah, proses kelahiran baby dipermudahkan segalanya.